Sunday 13 November 2011

Perlembagaan Kadet Polis SMS Excel :)

MESRA, CEPAT, DAN BETUL
  • Setiap anggota hendaklah berdisiplin
  • Sedia berkhidmat apabila khidmat diperlukan di dalam atau di luar sekolah
  • Cekap dalam melaksanakan tugas
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah dan negara
  • Mewujudkan semangat perpaduan dan sikap kerjasama antara ahli, pihak polis dan orang awam
  • Menghindarkan diri dari unsur-unsur dan anasir-anasir jenayah terutamanya DADAH
  • Membentuk kekuatan fizikal dan kemantapan mental
  • Seseorang ahli itu hendaklah diperakui sebagai berkelakuan baik oleh pengetua dan guru-guru sekolahnya
  • Bertanggungjawab ke atas tindak-tanduknya sendiri dan bersedia menghadapi akibatnya
  • Menghormati anggota lain terutamanya yang berpangkat lebih tinggi mahupun anggota-anggota senior
  • Mematuhi Perlembagaan Kadet Polis CBN dengan ikhlas, jujur dan amanah
  • Keahlian dibuka kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1-5 yang berminat
  • Pelajar mesti datang tepat pada waktu setiap kali diadakan perjumpaan (1.00 petang)
  • Keahlian akan digugurkan jika tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan
  • Ahli hendaklah berkerjasam dan bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta menjalankan tugas yang diberikan dengan baik dan jujur
  • Setiap ahli hendaklah sentiasa berdisiplin sama ada berpakaian seragam atau sebaliknya
  • Keahlian dikira sah sekiranya kedatanga melebihi 75%
  • Yuran keahlian adalah sebanyak RM1 (Ringgit Malaysia satu sahaja) sebulan
  • Setiap ahli mestilah patuh kepada arahan pihak atasan dan perlembagaan

No comments:

Post a Comment